Wednesday, 16 March 2022

covid 19 : part 1

Selepas bertahan untuk tempoh 2 tahun, akhirnya terpaksa mengalah dengan Omicron ! Kali ni betul-betul semua merasa jadi pesakit covid19. Kali pertama bagi aku, tapi kali ke 2 untuk anak-anak aku. Ibarat kena repeat class la diorang ni. Hari tu batch Delta, kali ni batch Omicron.

1st time anak-anak aku kena covid19 bulan september 2021. Time tu kami kat Sabah lagi. 1st sign, Aqil & Aebab demam. Demam yang tak pandai kebah. Selalunya diorang ni lepas 2-3 kali kena PCM & Vit C, memang diorang akan okey. Time tu aku tak terpikir pon pasal Covid sebab tak nak pikir yang bukan-bukan. Tapi bila malam tu diorang demam yang sampai menggigil-gigil aku dah rasa lain. Terus kata kat husband 'tak leh jadi ni. esok kena bawak jugak diorang pi buat swab test' Aku terpaksa ambil EL. Bawak diorang pi buat swab test kat KK Menggatal. 

Dari proses daftar sampai la tunggu turn, aku heret diorang. Kesian. Dengan tak larat diorang terpaksa jugak. Biasa la bila pi KK time-time musim Covid ni. Kejap pi kaunter sana kejap pi kaunter sini. Dengan orang ramai semua. Tapi nasib la diorang 2 ni bagi kerjasama. Kena swab pon nangis sikit-sikit je. 

The next day, berdebar giler tunggu result. Dapat notification kat MySejahtera result PCR diorang. Rasa nak tercabut jantung. POSITIVE. Masa ni aku yakin sangat yang aku sebagai pembawa virus tu pada diorang. Sebab aku kerja kat hospital, jadi memang time ni aku yakin sangat yang aku bawa virus tu balik rumah.

Terus call Sister tempat kerja aku untuk inform. And terus dia arrange untuk aku buat test. Kali ni aku request nak bawak husband & anak no 3 aku Maryam untuk buat PCR test sekali. Kena tunggu 24 jam untuk dapat result. 

Time ni aku and husband decide tak perlu nak asingkan Aqil & Aebab sebabnya kami yakin yang memang akan +ve semua sekali. The next day dapat result yang husband aku & Maryam +ve. Tapi aku -ve. Masa ni aku tak tau nak rasa apa. Ada rasa lega, ada rasa terkejut, and tipu la aku tak ada rasa marah. Aku yakin sangat pembawanya sekarang bukanlah aku tapi husband aku. Wehhhh....aku pandang dia kecik besar kecik besar je. Aku dah banyak kali dah pesan kat die, kurangkan keluar jumpa orang. Tapi biasa la, kejap-kejap je katanya. Kau punya kejap dah menyusahkan orang tau ! 

Jadi nak tak nak kena juga hadap. Kuarantin la kami 10 hari. Demam tu je la simptom diorang Aqil & Aebab. Maryam & husband aku tak ada simptom sampai ke sudah. Dan aku kena swab sampai 3x dalam masa 10 hari tu dan keputusan tetap -ve. Aku masak macam biasa, tidur dengan diorang semua macam biasa. Tak ada la nak pakai PPE bagai semua.

boleh tengok kat highlight ig sory aku : covid 19 memories
kat sini ada afew things yang korang kena ada kat rumah and yang korang kena buat bila +ve covid19.
Cuma sekarang ni tak perlu lagi nak kena pi CAC. 

Kalau tanya apa yang aku amalkan, ada beberapa suppliment yang aku ambil secara konsisten dan berdisiplin. Maksud kat sini 'without missed' . Yang ni next time aku share.

Dalam masa kena kuarantin 10 hari tu, aku bersyukur sangat sebab ada jiran dan kawan-kawan yang baik. Yang hantarkan barang keperluan untuk kami. Yang hari-hari hantarkan makanan untuk kami. Ada yang carikan habbatusawda untuk kami. Terima kasih sangat. Tak harap pon semua tu cukup dengan doakan kami tak ada serius. 

Yang paling aku risaukan bila kena covid ni ialah husband aku sebab dia ada asthma. Masa assesment kat CAC dia kena admit sebenanrya. Tapi husband aku refused. Sebab dia kata kalau kena kuarantin kat PKRC lagi asthma dia kerap attack. husband aku kena attack asthma bila dia kena stay kat tempat yang ber aircon. And dia boleh yakinkan doktor kat CAC tu kat rumah complete semua ada oxymeter & termometer and BP set. And dah tentu la dia yakin sebab dia ada 'private nurse' kat rumah yang boleh jaga makan minum dia semua.

owhh...aku and husband complete vaccine dah time ni. So , mungkin sebab tu la kot Alhamdulillah...tak ada yang serius jadi pada husband.

gitu la kisah covid 19 part 1 kami di bumi borneo. batch Delta.
Next entry batch Omicron pulak, batch aku la tu. masuk sekali dengan anak-anak aku...


love,
kak sue 

Tuesday, 15 March 2022

.

Kehidupan ni tak semua perjalanannya sama. 
Ada yang lurus dari awal tapi dipertengah penuh berliku.
Ada yang awal-awal dah berliku, penuh dengan halangan tapi dipertengahannya penuh dengan kemudahan dan kesenangan.

Tak semua yang kita rancang tu berjalan dengan teratur.
Tak semua yang kita nak tu kita dapat.

Jangan kita bandingkan kebahagiaan yang orang lain dapat sampai kita tak nampak nikmat yang kita dah perolehi.

covid 19 : part 1

Selepas bertahan untuk tempoh 2 tahun, akhirnya terpaksa mengalah dengan Omicron ! Kali ni betul-betul semua merasa jadi pesakit covid19. Ka...